Sunday, August 21, 2011

MISTAKE IN MANAGE A MONEY


Hampir semua orang pernah melakukan kesilapan berhubung isu wang. Ketahuilah beberapa kesilapan yang biasa dilakukan oleh kebanyakan ibu bapa ketika mendidik anak tentang kewangan dan cara membetulkannya. Berikut adalah antara kesilapan yang kerap dilakukan ibu bapa.

1. Menjadi mesin pengeluar wang versi manusia

Menguruskan segala urusan jual beli anak membuatkan anda kelihatan seperti menjadi mesin pengeluar wang versi manusia. Sepatutnya, berikan anak elaun dan ingatkan mereka untuk membuat pembayaran bagi apa-apa yang ingin mereka miliki. Sama ada untuk membeli buku dari kedai atau mendapatkan barangan permainan kegemaran, anak seharusnya bijak membuat pembayaran sendiri. Tindakan itu boleh mengurangkan mereka daripada merungut sekali gus membolehkan mereka mengasah kemahiran mengira atau matematik. Menerusi cara itu juga, anak-anak boleh belajar daripada kesilapan mereka. Dengan membuat pembayaran sendiri, anak-anak akan lebih menghargai barangan yang diperoleh atau dibeli.

2. Terlepas pandang pengajaran harian

Jangan lepaskan peluang untuk berbincang dengan anak tentang isu-isu berkenaan ekonomi yang ringkas dalam persekitaran berbeza setiap hari. Sewaktu membeli-belah, ibu bapa boleh menerangkan mengapa tindakan memilih bungkusan produk berkos lebih rendah lebih baik. Terangkan juga mengapa menambah stok barangan dapur ketika musim jualan murah merupakan satu tindakan yang baik. Berikan penjelasan kepada anak bahawa dengan menjimatkan RM10 setiap minggu, jumlah yang dijimat dalam tempoh sebulan boleh mencecah RM40 atau sekitar RM480 setahun. ANDAINYA terdapat duit kecil, masukkan wang tersebut ke dalam bank dan tunjukkan kepada anak bagaimana duit itu bertambah.

3. Tidak melibatkan anak dalam matlamat jangka masa panjang
Pengurusan wang yang kukuh melibatkan dua perkara penting. Pertama, membuat perancangan awal dan kedua, membuat pilihan. Jika anda merancang sebuah percutian, beritahu anak tentang isu bajet yang melibatkan kos tiket penerbangan, hiburan dan penginapan. Andainya terdapat duit kecil, masukkan wang tersebut ke dalam bank dan tunjukkan kepada anak bagaimana duit itu bertambah.

4. Terlepas peluang untuk memberi anak motivasi tentang tabiat menabung

Jika ada peluang, tunjukkan kepada anak bagaimana sesuatu pelan kewangan berfungsi dan mengapa sumbangan atau tabungan wang yang sedikit adalah penting dalam jangka masa panjang.

5. Tidak menerangkan bagaimana kad kredit berfungsi

Seorang pelajar firma pinjaman wang, Nellie Mae pernah menganggarkan, purata hutang yang ditanggung oleh seseorang pelajar universiti ialah sekitar RM5,000. Jumlah tersebut berkemungkinan besar berganda apabila mereka tamat pengajian di menara gading. Dari situlah bermulanya satu masalah sebenar. Anak remaja yang gagal memahami atau menguruskan hutang kad kredit seawal usia 18 tahun, lebih cenderung berdepan dengan masalah besar di kemudian hari. Benarkan anak berlatih menggunakan kad pra-bayar atau kad debit terlebih dahulu. Kad-kad seperti itu menawarkan kemudahan bagi menetapkan had tunai mingguan yang terhad. Ibu bapa juga boleh mendapatkan status penggunaan wang itu menerusi e-mel dan menentukan sama ada perlu atau tidak perbincangan lanjutan untuk mendidik anak agar mereka lebih berhemah ketika berbelanja.

C.I.N.T.A


1. Adakah anda sanggup buat apa sahaja ?
2. Adakah pergorbanan anda lakukan setimpal dengan apa anda dapat ?
3. Adakah anda berasa bangga dengan tanggungjawab anda atau tertekan ?
4. Sanggupkah anda menghadapi risiko dikecewakan dan usaha anda selama ini sia-sia ?
5. Adakah anda pasti anda dapat mencapai cinta idaman anda atau ia hanya sekadar impian ?
6. Adakah anda dapat teruskan percintaan anda tanpa menggunakan sesenpun duit teman anda ?
7. Sekiranya dia tidak menjawab message anda adakah anda akan rasa rindu padanya atau pun marah ?
8. Mana satu lebih penting keluarga anda atau cinta anda ?
9. Mana satu lebih penting impian anda atau cinta anda ?
10. Mana satu lebih penting maruah anda atau cinta anda ?
11. Sekiranya dia cinta pandang pertama adakah kerana dia cantik ?
12. Jika dia berwajah hodoh kenapa anda cintakannya ?
13. Kalau satu hari nanti wajahnya cacat adakah anda masih cintakannya ?
14. Adakah anda berusaha untuk jadi cantik atau tampan hanya untuk dia sahaja ?
15. Sekiranya dia menjadi buta adakah adakah anda tetap berusaha untuk menjadi cantik atau tampan ?
16. Adakah anda masih berusaha untuk menjadi cantik atau tampan walaupun dia kata wajah anda sekarang suduh cukup baginya .
17. Sekiranya dia berubah sikap adakah anda masih cintakan dia ?
18. Sekiranya dia mati adakah anda mencari teman lain ?
19. Adakah anda dan dia sama taraf ?
20. Sekiranya berbeza adakah ia akan menjadi penghalang anda ?
21. Pernahkah anda luahkan perasaan anda ?
22. Sekiranya pernah adakah anda selalu lafaskannya ?
23. Adakah cinta anda diterima atau …………….

Tips 10 Malam Terakhir Ramadhan

Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini.
Pernah di malam itu al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan!
Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah S.A.W mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T sambil diikuti oleh para Sahabat R.A.
Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri dan sebagainya.

Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :
1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.
3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.
6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.
Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.

Tuesday, August 16, 2011

Salam Malam Nuzul Al-Quran,,,

Alhamdulila,,hari ni sedar x sedar dah separuh bulan kita berpuasa,,dan smgkin hampir kpda malam2 yg pnuh keberkatan sprti malam lailatul qadar n nuzul al-quran...syahdunya bila mdgr org mngaji al-quran brhampiran msjid area rumah ak ini...

hurmmm,,sbrnya x tahu na tulis apa sgt malam ni..hurmm,,mcm ni la..ak share kat kowg..apa itu malam kemuliaan nuzul al-quran..sama2 kita mghayati apakah malam nuzul al-quran dan bgaimanakah cara untk kita mndpt shafaat daripadanya..]

HAYATINYA:-



Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al Quran Nabi Muhammad s.a.w. yang pertama kepada hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. etika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Sebenarnya banyak kisah yang tidak dapat disangkal dengan akal fikiran kita dengan kemukjizatan Al Quran. Sebenarnya kitab Al Quran telah dijadikan satu kitab sebelum diberikan kepada Rasulullah melalui perantaraan Malaikat Jibril. Al Quran diwahyukan selama 22 tahun 2 bulan 22 hari. Dalam setiap tahun Rasulullah akan ketemu Malaikat Jibril dan membacakan bacaan Al Quran dihadapan Malaikat JIbril.

Di sini saya ingin berkongsi satu sumber sejarah Al Quran melalui ebook Quranology.

Untuk pengetahuan anda, pada awalnya Allah S.W.T menempatkan keseluruhan Al-Quran di Luh Mahfuz, iaitu satu tempat yang amat mulia dan suci. Ketika ini, Tuhan sejak awal lagi menunjukkan kemutlakan kebijaksanaanNya dengan menentukan segala apa yang tercatat disitu akan benar-benar berlaku. Keyakinan akan kemuliaan Al-Quran di Luh Mahfuz dinyatakan begitu jelas sekali dalam FirmanNya yang bermaksud :

Bahkan ia adalah Al Qur’an yang tertinggi kemuliaannya,
(lagi terpelihara dengan sebaik-baiknya) di Luh Mahfuz.
Surah Al-Buruj, 21-22

Langkah kedua ialah, ia diturunkan secara sekaligus dari Luh Mahfuz ke Baitul
Izzah yang terletak di langit dunia pada malam yang penuh dengan kemuliaan, iaitu Malam Lailatul Qadar di bulan Ramadan. Hal ini tercatat dalam firmanNya iaitu :

Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan
Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasanpenjelasan mengenai petunjuk dan pembeza….
Surah Al-Baqarah, 185

Sesungguhnya, kami telah menurunkannya (Al-Quran)
pada malam Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah itu
Lailatul Qadar. Ia lebih baik dari 1000 bulan.
Surah Al-Qadar, 1- 3

Ia kemudiannya diturunkan beransur-ansur kepada Rasulullah melalui perantaraan Malaikat Jibril. Peristiwa itu bermula dengan menjelmanya Malaikat Jibril dihadapan Rasulullah di Gua Hira’, tepatnya ketika Baginda berusia 40 tahun. Bagi kita semua,

Ibnu Abbas menyatakan:
Al-Quran itu diturunkan pada malam Lailatul Qadar dalam
bulan Ramadan ke langit dunia secara sekaligus, kemudian
diturunkan secara beransur-ansur.


Friday, August 12, 2011

5 bentuk pengampunan dosa di bulan Ramadhan

Assalamualaikum.

5 bentuk pengampunan dosa di bulan Ramadhan daripada Hadis


Bulan Ramadhan adalah sebaik-baik bulan yang pernah dicipta oleh Allah sehingga di dalamnya terdapat sekian ribu malah jutaan kelebihan yang tidak akan kita dapati pada masa dan bulan-bulan yang lainnya. Antaranya termasuklah tawaran pengampunan dosa yang Allah janjikan melalui jaminan hadis daripada rasulNya Muhammad S.A.W.




Mari kita perhatikan hadis-hadis ini satu persatu agar kita tidak terlepas peluang untuk mengamalkannya.

1. Melakukan puasa di bulan ini. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa puasa Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala Allah, niscaya diampuni dosanya yang telah lalu." (Hadits Muttafaq 'Alaih)


2. Melakukan solat tarawih dan tahajud di dalamnya.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barang siapa mendirikan (sebahagian terjemahan menyebutkan qiamullail) Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala Allah, niscaya diampuni dosanya yang telah lalu." (Hadits Muttafaq 'Alaih) 




3. Melakukan solat dan ibadah lain di malam Lailatul Qadar. Iaitu pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Ia adalah malam yang penuh berkah, yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'anul Karim. Dan pada malam itu pula dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa melakukan solat di malam Lailatul Qadar karena iman dan mengharap pahala Allah, niscaya ia diampuni dosanya yang telah lalu. (Hadits Muttafaq 'Alaih)


4. Memberi iftor (makanan untuk berbuka) kepada orang yang berpuasa.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang di dalamnya (bulan Ramadhan) memberi iftor kepada orang berpuasa, niscaya hal itu menjadi sebab) ampunan dari dosa-dosanya, dan pembebasan dirinya dari api Neraka." (HR. Ibnu Khuzaimah (dan ia menshahihkan hadits ini), Al-Baihaqi dan lainnya).

5. Beristighfar. Meminta ampunan serta berdo'a ketika dalam keadaan puasa, berbuka dan ketika makan sahur.

Dan dalam sebuah hadis disebutkan: "Ada tiga macam orang yang tidak ditolak do'anya. Di antaranya disebutkan, orang yang berpuasa hingga ia berbuka" (HR. Ahmad, At-Tirmidzi, An-Nasaa'i dan Ibnu Majah). (Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam kitab Shahih mereka masing-masing, dan At-Tirmidzi mengatakannya hadits shahih hasan.)

Setiap saat ramadhan adalah sebaik-baik saat yang pernah wujud. Janganlah kita menjadi manusia yang rugi dan celaka seperti yang nabi kita pernah aminkan ketika baginda mendengar Malaikat Jibril menyebutkan, "Celaka lah umatmu Muhammad apabila masuk dirinya di bulan Ramadhan dalam keadaan tidak baik dan keluar dirinya dari bulan Ramadhan juga dalam keadaan tidak baik."


Saya tulis ni untuk menasihati diri sendiri dan anda semua. Semoga artikel 5 bentuk pengampunan dosa di bulan Ramadhan daripada Hadis ni memberi manfaat kepada anda yang membaca, lebih-lebih lagi kepada saya yang menulis.

I DON'T WANNA KNOW

[P. Diddy - talking]
Hold up, let me answer my phone
Some bitch callin me about some bullshit probably
I'ma call you right back
I'm doin' this mixtape right now
Now back to what I was sayin

[Verse 1 - Mario Winans]
Somebody said they saw you
The person you were kissing wasn't me
And I would never ask you
I just kept it to myself

[Chorus - Mario Winans]
I don't wanna know
If you're playin' me, keep it on the low
Cause my heart can't take it anymore
And if your creepin, please don't let it show
Oh baby, I don't wanna know

[Verse 2 - Mario Winans]
Oh baby
I think about it when I hold you
When lookin in your eyes, I can't believe
I don't need to know the truth
Baby keep it to yourself

[Chorus - Mario Winans]
I don't wanna know
If you're playin' me, keep it on the low
Cause my heart can't take it anymore
And if your creepin, please don't let it show
Oh baby, I don't wanna know

[Break - Mario Winans]
Did he touch you better then me (touch you better then me)
Did he watch you fall asleep (watch you fall asleep)
Did you show him all those things that you used to do to me (do to me baby)
If your better off that way (better off that way)
Baby what I like to say (all that I can say)
Go on and do your thing and don't come back to me
(Stay away from me baby)

[Verse 3 - P. Diddy]
I don't wanna know where your whereabouts or how you movin
I know when you in the house or when you cruisin
It's been proven, my love you abusin
I can't understand, how a man got you choosin (yeah)
Undecided, I came and provided
My undivided, you came and denied it (why?)
Don't even try it, I know when you lyin (I know when you lyin)
Don't even do that, I know why you cryin (stop cryin)
I'm not applyin no pressure, just wanna let you know
That I don't wanna let you go (I don't wanna let you go)
And I don't wanna let you leave
Can't say I didn't let you breathe
Gave you extra G's (c'mon), put you in the SUV
You wanted ice so I made you freeze
Made you hot like the West Indies (that's right)
Now it's time you invest in me
Cause if not then it's best you leave
Holla, yeah

[Chorus - Mario Winans]
I don't wanna know
If you're playin' me, keep it on the low
Cause my heart can't take it anymore
And if your creepin, please don't let it show
Oh baby, I don't wanna know

If you're playin' me, keep it on the low
Cause my heart can't take it anymore
And if your creepin, please don't let it show
Oh baby, I don't wanna know

If you're playin' me, keep it on the low
Cause my heart can't take it anymore
And if your creepin, please don't let it show
Oh baby, I don't wanna know

ayak yatim,,anak yang terpuji~

Kalaula aku ada duit berjuta mahupun sedikit..akan aku membantu anak-anak yatim ini semampu aku..
betapa tersentuhnya hati ku bila memgenangkan nasib anak-anak yatim ini,,,
biala ak ada sedikit duit pown..akn ku sedekahkan untk membantu anak-anak yatim ini..
doaku pada anak-anak yatim ini..supaya mereka selalu diberkati dan dirahmati allah swt selalu...
subhannallah,,hnya kau yg tahu ttg segala kejadian yg tlh kau tentukan..

sama2 kita mghayati petikan dripada blogger ttg anak2 yatim:-

Kedudukan Anak Yatim Di Dalam ISLAM

Di dalam al-Quran banyak dianjurkan agar anak-anak yatim dibela nasibnya.  Perbuatan membantu dan memberi makan anak-anak yatim merupakan perbuatan yang mulia, malah ia di antara keutamaan amalan soleh yang wajar diberi perhatian oleh setiap mukmin.
ALLAH melarang manusia berbuat zalim terhadap mereka.  Malah, seseorang yang berlaku zalim, tidak menjaga hak dan memberi makan anak yatim dianggap sebagai mendustakan agama.  ALLAH subhanahu wata’ala berfirman dalam surah al-Ma`uun ayat 1-3:
أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ
Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama?
فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ الْيَتِيمَ
Itulah orang yang mengherdik anak yatim
وَلا يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ
dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.
Tidakkah di hati kita berasa gerun dan gementar serta didatangi perasaan serba tidak kena apabila membaca ayat di atas?
Walaupun mungkin kita tidak mengherdik anak yatim, dan barangkali tidak terlibat bermuamalah dan berurusan dengan anak yatim, namun janganlah pula kita mengabaikan nasib dan hak mereka untuk terus hidup di muka bumi ini.
Anak-anak yatim ini bukan sahaja hilang tempat bergantung kasih sayang, malah turut juga dihimpit kemiskinan dan kesusahan dalam meneruskan survival kehidupan yang amat mencabar.
Namun, di tengah-tengah manusia yang alpa dan lalai dari tanggungjawab ini, ada juga sebahagian ahli masyarakat yang telah mengorbankan jiwa, harta, tenaga dan masa bagi membela nasib anak-anak yatim.  Sebahagian mereka turut juga mempunyai keluarga, anak-anak, pekerjaan, tanggungan dan lain-lain urusan yang menyibukkan mereka.  Namun, mereka masih dapat berkhidmat kepada anak-anak yatim ini.
Betapa sucinya hati mereka.  Saya dan barangkali anda juga tidak mempunyai kehebatan jiwa seperti mereka.  Dalam kesusahan dan kesempitan wang, mereka masih terus istiqamah membela nasib anak-anak yatim.  Barangkali hati mereka telah disinari iman yang terang dengan galakan-galakan dari ALLAH subhanahu wata’ala dan juga dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam.

Kelebihan Membela Anak-anak Yatim

Kelebihan membela anak-anak yatim banyak disabdakan oleh Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam.  Cukup dengan hadith berikut sebagai pembakar semangat:
“Aku dan pengasuh anak yatim (kelak) di syurga seperti dua jari ini (Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam menunjuk jari telunjuk dan jari tengah dan merapatkan keduanya.” (HR. Bukhari)
“Demi yang mengutus aku dengan hak, ALLAH tidak akan menyeksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya…”  (HR At-Tabhrani)
SubhanALLAH, sungguh mulia bagi yang menjadi pembela anak-anak yatim.  Mereka akan mendampingi Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pada hari akhirat nanti dengan dampingan yang sangat rapat.  Bukankah ini menjadi harapan kita?

Apa Yang Boleh Kita Bantu?

Ayuh, saya mengajak diri saya yang selalu lupa ini dan anda semua agar bertindak sekarang.  Sekarang!!!  Jika mempunyai kemampuan, ziarahlah ke rumah anak-anak yatim yang berdekatan dan tanyalah apa yang boleh kalian sumbangkan.  Kalau boleh ambil seorang anak yatim sebagai anak angkat lagi bagus.  Kalau tak mampu, paling kurang dermalah.
Sebahagian orang sibuk dengan mengumpul harta.  Dah dapat harta, habis disalurkan harta itu kepada perut sendiri sahaja.  Ada juga yang membeli aksesori kenderaan, membuat pengubahsuaian rumah, membeli set-set TV/audio dan sebagainya.  Walaupun tidak 100% salah, namun janganlah sampai lupa akan tanggungjawab kita terhadap anak-anak yatim.  Tawaran dari ALLAH dan Rasul sangat besar untuk kita lepaskan begitu sahaja…bukan?
Bagi memudahkan tuan/puan untuk mengesan rumah anak-anak yatim di seluruh Malaysia, ada satu laman web yang telah menyenaraikan rumah-rumah anak yatim.  SubhanALLAH, semoga ALLAH memberkati usaha individu tersebut.  Berikut laman webnya:

http://rumahanakyatim.com/

Selagi masih nyawa dikandung badan, marilah kita cari sebanyak peluang dan ruang agar kita tatkala bertemu dengan ALLAH subhanahu wata’ala di akhirat nanti, pulang dalam keadaan beruntung.  Sudah mati, tidak ada guna lagi penyesalan.  Duit di dalam bank dan harta yang dikumpul tidak banyak dapat membantu kita.  Justeru, ayuh muslimin dan muslimat sekalian…belalah anak-anak yatim!
Semoga hidup kita diberkati ALLAH, dan pulang nanti diredhoi ALLAH, amin…

Wednesday, August 10, 2011

IWAN SYAHMAN-SEGALANYA ALLAH SWT,,SUBHANALLAH~

 
Allahhu Rabbi Yang Maha Esa
Maha Pengasih Maha Penyayang
Allahhu Rabbi Yang Maha Kuasa
Maha Pemurah Maha Pemberi
Sesungguhnya tiada yang layak
Harus disembah selain Allah

Allahu Rabbi Almalikul Quddus
Almutakabbir Alwaliul Qadir
Allahu Rabbi Aladlul Latif
Alhayyul Qayyum Alwaliyul Hamid

You got to believe it
There is not other things
To be worship The Only Allah

Allah Maha agung
Allah Maha Kaya
Allah Maha Dari Segala-galanya

Allahu Ya Karim
Allahu Ya Rahim
Allahu Ya Qafur
Ya Rabbal Alamin

Subahanallah Maha Suci Allah

Segala Puji Bagimu Ya Allah
Yang mencantik sekalian alam ini
Maha Pengasih Maha Penyayang
Yang menguasai hari pembalasan

Hanya kepadaMu kami mengabdi
Hanya kepadaMu kami meminta pertolongan
Tunjukkan kami jalan yang lurus
Jalan yang penuh engkau redhai...

Alhamdulilah,,
Subhanallah..maha suci allah swt,,ALLAH AKHBAR3!!!
hurmmm merdunye suara iwan..
jatuh hati pada baik2 lirik lagu ini..
yg memuji betapa agungnya allah swt..
amin~semoga kita smua mdpat hidayah dan kebaikan drpda lagu ini..
spya kembali ke jalan yg diredhainya..amin~

Monday, August 8, 2011

I LOVE MY DAD,,

Mungkin ibu lbh kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita? Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bhw sebaik saja ayah pulang beke...rja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ? Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tp tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.?? Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga. Saat kita sudah d percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau.. Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dngan bangga.. Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia.. Apa kita tahu,bhw ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis krn ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya".. Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita brsma cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..akhir sekali " Selamat Hari Bapa "